Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2022

Novel Asing: Bab 2 Part 1

  BAB 2     HEMBUSAN  angin danau Kota Palo Alto sudah tidak segar seperti dahulu. Udaranya berhaba panas dan menyesakkan pernafasan. Bumi telah mengalami peningkatan suhu sebanyak empat darjah celsius dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini. Tahap gas karbon dioksida yang semakin tinggi di atmosfera bumi memberi impak kepada peleburan glasier banjaran Himalaya dan ketulan ais purba Antartika.              Mikayla membuang pandangannya jauh merentasi panorama pohon-pohon hijau yang dilitupi jerebu di sekeliling danau itu. Membawa fikirannya bersama. Masih sedih dan luka hatinya.             Sudah bermacam cara dilakukan untuk melembutkan hati Inara. Namun pada akhirnya pasti akan menemui jalan buntu. Niat baiknya sentiasa disalah tafsir. Inara benar-benar menanam dendam kesumat terhadapnya.             Mungkin juga, dia yang tidak tahu bagaimana cara menyalur kasih buat adiknya itu. Tindakannya terlihat seperti mengongkong kebebasan. Namun sebenarnya, dia bimbang kalau-kalau adikny

Novel Asing: Bab 1-Part 2

  INARA  merengus kasar. Dia berjalan menghampiri kenderaan rakannya yang diparkir tidak jauh dari fakulti mereka. Wajahnya masam mencuka.               “Hey , kenapa ni In? Muka kau serius sangat,” soal Emma Watler sebaik sahaja Inara memasuki bahagian tempat duduk belakang kenderaan.             Emma Watler. Gadis berambut  ‘blonde’ , berasal dari wilayah Seattle, Washington. Gadis berusia 23 tahun dengan ketinggian 175 senti meter itu, memang terkenal dengan keprihatinannya.              “Hati aku tengah sakit ni,” Inara memberitahu. Nafasnya berombak kencang. Dia memandang ke arah gadis yang bertanyakan soalan tadi.             “Sakit hati dekat kakak kau?” tanya Emma spontan.              “Tolonglah. Dia bukan kakak aku,” bohong Inara. Cuba menafikan hubungan persaudaraan antara dia dan Mikayla. Dia tidak mahu rakan-rakannya tahu wanita kolot itu merupakan kakak kandungnya.              “Maaf. Aku tak tahu. Rick yang cakap wanita tadi itu kakak kau,” ucap Emma polos. Serentak deng