Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

'Dahlia Rooftop'

Imej
Dahlia Rooftop Sejahtera ke atas mu. Gambar di atas tu kalau tidak silap aku diambil pada tahun 2016, bertempat di atas bumbung asrama Blok Dahlia Institusi Pengajian tempat aku menimba ilmu. Sekeping gambar yang biasa-biasa sahaja jika dilihat dari zahirnya. Namun pada hakikatnya ia menyimpan sebuah kisah yang mungkin saja menjadi kenangan manis dan mungkin juga pahit antara aku dan 11 orang lagi rakan-rakanku yang lain. Petang itu, kami dua belas orang gadis-gadis yang baru menginjak usia 19 hingga 20 tahun dengan semangat yang berkobar-kobar memanjat bumbung asrama blok Dahlia. Bangunan yang terletak bersebelahan dengan blok Cempaka, yang kami diami. Tujuannya, untuk mengambil gambar pemandangan bertemakan 'silhouette' di waktu senja. Atau dalam erti kata lain, untuk mendapatkan view yang terbaik untuk tugasan yang diberikan pensyarah, bagi kursus fotografi yang kami ambil semester itu. Hampir beberapa waktu kami di sana, terpaku dengan keindahan alam panora