Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

Novel Asing: Bab 1 Part 1

   ASING oleh MAIERA BAB 1   California, Amerika Syarikat- 2033 UDARA yang seharusnya bersifat halimunan terhadap pandangan mata kasar manusia kini membentuk kepulan seakan-akan asap putih yang menghalang daya penglihatan. Partikel-partikel asing memenuhi ruang lingkup udara, dengan kuantiti yang setanding banyak dengan gas oksigen dan karbon dioksida, yang terlibat dalam sistem respirasi makhluk bernyawa.               Dari kejauhan, kelihatan seorang wanita bertudung, memakai baju kurung berwarna putih dengan corak bunga-bunga kecil. Dia berjalan keluar daripada pintu utama Hospital Stanford. Pada wajahnya, terdapat penutup hidung dan mulut yang juga dipakai hampir setiap individu yang ada disekitarnya.             Matanya meliar memerhati suasana alam sekeliling. Jumlah pengunjung hospital itu semakin meningkat hari demi hari rentetan daripada fenomena jerebu yang kian memburuk. Tidak kira tua, muda, kanak-kanak mahupun bayi, semua tidak terkecuali daripada ancaman penc

Novel Asing: Prolog

  ASING oleh MAIERA PROLOG   LANGIT malam kelihatan kelam. Tidak cerah seperti kebiasaan. Butir-butir bintang yang seharusnya menjadi buruj penanda arah anak kapal di malam hari tampak aneh. Cahayanya malap, namun membias memasuki orbit bumi. Seperti ada fenomena luar biasa sedang terjadi.             Enam orang nelayan mendongak kepala memandang langit. Mereka merupakan penduduk di kepulauan Hawaii. Terkebil-kebil memandang objek aneh yang terpamer di langit malam. Terpaku seketika tanpa bicara.             Kapal yang dinaiki kelihatan menari-nari di pukul ombak besar perairan pasifik.   Bergerak melawan arus gelombang lautan luas terbentang. Membuatkan tubuh mereka terhumban ke kiri dan ke kanan, seiring alunan ombak berirama alam. Permukaan air laut di kala langit warnanya hitam pekat kelihatan begitu mengerunkan. Entah makhluk apa yang bersembunyi di dasarnya. Namun, pemandangan itu sedikitpun tidak menjentik gerun di hati enam orang nelayan itu. Kerana pemandangan aneh