Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Jenis-jenis Personaliti

Assalamualaikum dan hi semua! Hari ini aku akan berkongsi sedikit info tentang jenis-jenis personaliti. ☺ Memandangkan tajuk ini termasuk dalam silivest kursus EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak yang aku ambil semester ni, jadi aku rasa ada eloknya jika aku kongsi ilmu yang tidak seberapa yang aku dapat dalam kursus ni. Manalah tahu topik ni masuk exam kan. Hahaha. Okay, sebelum pergi lebih jauh, izinkan aku memberi definisi tentang personaliti. 👤 Secara umum, personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang. Berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka. Mengikut Carl Jung (1875-1961), manusia boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan berdasarkan kepada personaliti mereka. Terdapat tiga jenis personaliti manusia yang utama iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. JENIS-JENIS PERSONALITI 1)Ekstrovert Seseorang ekstrovert memberi lebih fokus kepada kehidupan sosialnya dan dunia luaran berbanding dengan menerokai pemikira