5 Kategori Personaliti Psikologi
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebelum ni aku ada kongsi entri tentang 3 personaliti peribadi manusia mengikut Carl Jung iaitu Ekstrovert, Introvert dan Ambivert. Apa? Belum baca? Lepas ni pergi baca ya. :)
Jadi hari ini aku akan berkongsi pula 5 kategori personaliti manusia secara psikologi seperti berikut:
PERIANG DAN "HAPPY GO LUCKY"
- Mudah bergaul dengan orang lain dan bagi mereka bertemu dengan orang lain adalah sumber kepada kebahagian dalam hidup.
- Berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu orang lain.
- Lebih mudah berhubung dengan dunia luar diri berbanding dunia dalam diri mereka sendiri atau berfikir dengan idea sendiri.
- Lebih suka berbincang dengan orang lain dalam mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri.
- Lebih banyak bercakap daripada mendengar.
- Berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah .
- Gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan pesta dsb.
- Gemarkan muzik harmoni dan rancak.
PENDIAM/PASIF
- Lebih suka menyendiri.
- Sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan sesuatu yang mereka sukai.
- Mudah merasa diketepikan dalam keramaian.
- Lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian.
- Menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan sesuatu atau seseorang.
- Seorang pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain.
PERASA/FAKTA
- Mahu jawapan yang pasti dan tepat.
- Suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak.
- Suka menggumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak.
- Mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh.
- Lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu.
PEMIKIR
- Mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang.
- Sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik.
- Kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik.
- Baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi.
- Suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan.
SOFT HEART/SENSITIF
- Sering membayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan, kehendak dan kesukaan orang lain.
- Ketika membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yang orang lain rasa dan bukan apa yang betul.
- Suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan.
- Tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain.
- Akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain.
Ulasan
Catat Ulasan