Teori Pembelajaran PSV


 Teori Behaviourisme
·    Behavioris berpendapat pembelajaran adalah perilaku yang diperhatikan secara luaran. Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat pertalian antara R-G iaitu rangsangan (R) dan gerakbalas (G).
·         Menurut Skinner (1965) apabila terdapat rangsangan dan gerakbalas secara berulang maka akan berlakulah pembelajaran. Beliau mengemukakan teori pelaziman operan iaitu tingkahlaku yang diikuti dengan pengukuhan akan menjadi pelaziman. Sekiranya pengukuhan positif diberikan, maka tingkah laku itu akan dilakukan berulang-ulang dan akan menjadi pembiasaan.
·      Teori behavoris di dalam Pendidikan Seni pula ialah seperti melukis melalui peniruan atau proses ‘imitasi’. Pelajar akan melukis objek yang sama secara berulang-ulang sehingga ia terbiasa dan tidak perlu lagi melihat objek tersebut. Walaupun pembelajaran dengan cara ini adalah berkesan untuk melatih kemahiran tangan, namun ianya hanya bersesuaian untuk pembelajaran pada peringkat awal sahaja dan tidak membantu menjana idea-idea baru.
·         Pendekatan sebegini juga tidak menyokong pembelajaran aras tinggi dan pemikiran kreatif, sedangkan pembelajaran Pendidikan Seni Visual memerlukan kreativiti yang tinggi. Hasil seni yang sama dihasilkan secara berulang-ulang hanyalah dianggap sebagai kraf. Contohnya dalam seni kraf seperti anyaman, tekat, batik dan tembikar yang mana walaupun sudah lama berkembang, bahan, bentuk dan motif yang digunakan masih sama. Mempelajari cara membuat kraf dalam seni secara tradisional adalah contoh pembelajaran behavioris. Kemahiran akan diperolehi sekiranya terdapat rangsangan dan gerakbalas secara berulang maka akan berlakulah pembelajaran.


 Teori Kognitif
·         Aliran kognitivisme tidak bersetuju dengan pendapat behaviorisme yang mengganggap pelajar seolah-olah mesin yang pasif. Kognitivisme berpendapat manusia adalah sebagai organisma yang mempunyai matlamat dalam tingkahlaku mereka dan sentiasa berinteraksi dengan alam. menekankan kepada proses-proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia.
·         Menurut Piaget (1971), pelajar mengorganisasikan berbagai perubahan ke dalam skemanya semasa pembelajaran melalui proses adaptasi terhadap persekitaran. Terdahulu dari itu, Bruner (1960) berpendapat bahawa secara semulajadi seseorang itu belajar dengan cara menemui sendiri pertalian di antara berbagai-bagai rangsangan yang terdapat di dalam alam sekeliling.
·         Di dalam Pendidikan Seni Visual, ciri-ciri kognitivisme telah bermula disekolah-sekolah Seni Lukis Bauhaus di Jerman pada tahun 1919. Sekolah ini telah diasaskan oleh Walter Gropies (seorang arkitek) di Weimar, Jerman pada tahun 1919. Sekolah Seni Lukis Bauhaus memperkenalkan kurikulum yang menggabungkan pengetahuan, pengalaman serta kemahiran seni halus dengan seni gunaan yang berasaskan kemahiran teknikal. Asas Seni Reka seperti tona, warna, jalinan, bentuk, kontra, irama dan imbangan telah diajar secara teori di sekolah-sekolah Bauhaus ini.
·         Pendidikan Seni seharusnya dapat menggunakan kemahiran intelek, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap dalam berkarya. Sebagai contoh, pelajar diminta membuat kritikan terhadap karya yang dihasilkan di hadapan rakan-rakan mereka berdasarkan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan yang telah mereka pelajari.
·         Di dalam persediaan mengajar tersebut mesti mengandungi sekurang-kurangnya; tajuk, objektif yang hendak dicapai, langkah-langkah, dan penilaian. Adegan pengajaran seperti ini adalah bertepatan dengan paradigma objektivisme.



 Teori Konstruktivisme

·         Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme pula menekankan bahawa manusia memperolehi pengetahuan hasil dari usaha-usaha mentalnya. Konstruktivisme melibatkan pelajar ke dalam pengalaman yang bermakna di mana pelajar menginterpretasi sendiri maklumat tanpa mengikut apa yang dipetakan oleh orang lain (Heinich, Molenda, Russel & Samaldino, 1999). Pendekatan ini menumpukan kepada bagaimana untuk belajar, menjana dan menguji pengetahuan yang diperolehi.
·         Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar sememangnya digalakkan sentiasa mengembangkan idea utama kepada percambahan idea-idea baru agar dapat menghasilkan karya yang lebih kreatif, estetika dan berkualiti. Sebagai contohnya, dalam pelajaran teori seni bagi tajuk teori warna, daripada kemahiran asas teori warna ini pelajar dapat mengembangkan idea mereka kepada penghasilan warna-warna baru untuk diaplikasikan di dalam karya visual mereka.
    • menghasilkan konteks pembelajaran yang tulen dan melibatkan penyelesaian masalah sebenar.
    • pelajar bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif belajar secara kendiri dalam membentuk sesuatu kemahiran.
    • guru bertindak sebagai fasilitator dan memberikan panduan, dan bukan sebagai sumber maklumat.
    • perbincangan yang aktif di antara pelajar dan guru.
    •   kaedah pembelajaran secara berkumpulan iaitu pembelajaran secara kolaboratif dan kooperatif.
    •  strategi penilaian pembelajaran yang tulen dalam menilai kemahiran sebenar.

 Teori Humanis
·         pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah mengambil kira kendiri murid dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.





Ulasan

  1. Mohon izin untuk dijadikan rujukan kerja kursus ya cg..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis-jenis Personaliti

Fate