Jenis-jenis Personaliti

Assalamualaikum dan hi semua! Hari ini aku akan berkongsi sedikit info tentang jenis-jenis personaliti. ☺ Memandangkan tajuk ini termasuk dalam silivest kursus EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak yang aku ambil semester ni, jadi aku rasa ada eloknya jika aku kongsi ilmu yang tidak seberapa yang aku dapat dalam kursus ni. Manalah tahu topik ni masuk exam kan. Hahaha.

Okay, sebelum pergi lebih jauh, izinkan aku memberi definisi tentang personaliti. 👤 Secara umum, personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang. Berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka.
Mengikut Carl Jung (1875-1961), manusia boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan berdasarkan kepada personaliti mereka. Terdapat tiga jenis personaliti manusia yang utama iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert.

JENIS-JENIS PERSONALITI

1)Ekstrovert
Seseorang ekstrovert memberi lebih fokus kepada kehidupan sosialnya dan dunia luaran berbanding dengan menerokai pemikiran atau perasaan diri. Ekstrovert sering mencari kegembiraan, suka kepada perubahan dan impulsif. Individu ekstorvert sukakan aktiviti sosial, tidak suka berseorangan dan tidak senang dengan perkara-perkara menyedihkan. Melalui pemerhatian aku, orang-orang ekstrovert ni selalunya peramah, mesra alam, cepat bertindak balas dan tak suka bersendirian. Dalam erti kata lain Happy-go-lucky. 🙆

2)Introvert
Seseorang introvert pula lebih suka menjelajahi dunia dalam dirinya(introspective), lebih menelitikan fikiran dan perasaan dirinya sendiri. Introvert merupakan seorang pendiam, suka bersendirian dan tidak memerlukan rangsangan dari dunia luaran. Sesuatu perasaan yang dialaminya akan lebih berpanjangan misalnya menunjukkan kemarahan yang lama atau mengekalkan persahabatan yang lama. Introvert suka kepada cara hidup yang teratur, kemas dan mereka juga sangat boleh dipercayai. Kebanyakan individu introvert ni pemalu dan tenang orangnya. 🙇👧 Kebanyakan golongan introvert juga pandai berkarya tau, misalnya mahir menulis puisi, novel dan sajak.

3)Ambivert
Bukan angry bird ya. 😂🐥🐓. Individu ambivert ni mempunyai dua-dua sifat yang ada dalam personaliti di atas. Misalnya suka berkawan tapi memilih berkerja berseorangan, suka berkarya tapi mudah mesra dan aktif tetapi sensitif.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Fate